Indiescovery 2026, 4 band beradu rentak sama menyengat

LocalMusic
31 Jul 2026 • 9:00 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Indiescovery 2026, 4 band beradu rentak sama menyengat

DALAM lambakan kehadiran penyanyi negara Seberang, sambutan terhadap band tempatan masih meraih sambutan hebat. Sokongan padu tersebut boleh disaksikan menerusi konsert Indiescovery 2026 yang berlangsung di Zepp KL baru-baru ini.

Meski penganjurannya meraih kecaman hebat dalam media sosial susulan acara bermula lambat dan penonton ‘disidai’ terlalu lama sepanjang konsert berlangsung, persembahan yang disajikan empat band iaitu Kugiran Masdo, Bittersweet, Butterfingers dan Bunkface berjasa menyelamatkan keadaan.

Pentas pada malam tersebut dibuka oleh Masdo, kumpulan yang paling junior dalam kalangan tiga band lain.  Masdo tampil bertenaga mempersembahkan lebih lima buah lagu seperti Teruna & Dara, Dinda, Pujaanku dan Teristimewa. Ali Sariah selaku vokalis mengakui teruja apabila diberikan kesempatan membuat persembahan sepentas dengan tiga band hebat lain.

Image from: Indiescovery 2026, 4 band beradu rentak sama menyengat
TERJATUH ketika beraksi, Firzan bagaimanapun meneruskan persembahan sehingga lagu terakhirnya.

“Saya mewakili Kugiran Masdo, berasa bangga kerana menjadi salah satu band yang beraksi pada konsert ini.

“Ini kerana tiga band lain wujud lebih awal dan bangga betul dapat berkongsi pentas dengan mereka. Terima kasih menjadikan ini kenyataan,” katanya.

Pada malam itu, Masdo tidak ketinggalan melakukan ritual wajib mereka iaitu cangkung dan lompat yang sememangnya antara dinanti-nanti peminat setianya.

Konsert tersebut seterusnya diambil alih Bittersweet yang dianggotai Hafizan Razali atau Fizan (vokalis)dan Hazairi Abdul Hamid (gitar utama) sekali gus meneruskan momentum ditinggalkan Masdo.

Tidak pernah menghampakan, kumpulan yang ditubuhkan sejak 2004 itu mempersembahkan seleksi lagu popular mereka seperti Capital E, Perfect Match dan lagu ikonik mereka, Kucing Hitam.

Image from: Indiescovery 2026, 4 band beradu rentak sama menyengat

SESEKALI muncul dalam sebuah persembahan bertaraf konsert, Emmets dan Butterfingers membasuh rindu peminat dengan seleksi lagu popular mereka.

Malangnya pada malam tersebut, Fizan mengalami kecederaan pada bahagian muka akibat terjatuh di atas pentas ketika membuat persembahan.

Namun dia dengan pantas memberitahu semuanya dalam keadaan terkawal sebelum meneruskan persembahan.

Tidak menunggu lama, Butterfingers yang dianggotai Emmett, Loque, Kadak dan Loko pula muncul menghiburkan penonton dengan lagu Girl Friday, Skew, E, Still River, Love serta Delirium.

Kemunculan paling dinanti-nanti, Bunkface menutup pentas dengan lagu Panik, Dunia, Ekstravaganza, Rentak Laguku, Darah Muda, Situasi dan Revolusi.

Meski jam sudah menunjukkan pukul 12.30 malam, vokalisnya, Sam tetap bersemangat menghiburkan peminat yang sudah menanti lama.

“Tepukan untuk muzik Malaysia. Terima kasih penganjur kerana telah menjemput empat buah band tempatan.

Image from: Indiescovery 2026, 4 band beradu rentak sama menyengat
KUMPULAN Bunkface menjadi band penutup dengan persembahan penuh tenaga.

“Seperti yang kalian tahu, sekarang banyak konsert artis antarabangsa dan harga tiket mereka tidak murah.

“Jadi, saya berterima dengan keberadaan kalian pada konsert ini, beli tiket untuk melihat empat band tempatan,” ujarnya.

The post Indiescovery 2026, 4 band beradu rentak sama menyengat appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved