Individu Ambil Kesempatan Promosi Kereta Proton Guna Sindiran Isu Enjin Perodua Dimasuki Gula, Tapi Kena Kecam Pula

Cars
5 Jan 2024 • 12:10 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Tular beberapa hari lalu mengenai seorang wanita yang meluahkan rasa kesal kerana permintaan untuk menukar kereta yang baru dibelinya akibat masalah enjin tidak mendapat perhatian sewajarnya daripada pihak Perodua.

Wanita berkenaan menulis panjang lebar kronologi permasalahan yang dihadapi kereta yang baru sahaja dibelinya itu sehingga mendapat tumpuan dan pendedahan ramai pihak di media sosial.

Bukan itu sahaja, pihak Perodua juga dilihat ada memberi kenyataan balas dan menafikan bahawa pihak mereka mengabaikan permintaan pelanggan mereka itu.

Namun begitu, ada pihak dilihat mengambil kesempatan di atas penularan isu tersebut di mana seorang penjual kereta Proton membuat hantaran satira bagi mempromosikan jualannya.

Bonet boleh isi banyak peket gula, enjin tak rosak

Individu itu dilihat mengiklankan kereta jenama Proton Saga dengan gambaran boot kereta yang luas dan mampu memuatkan peket gula dengan kuantiti yang banyak.

image is not available

Sumber : Facebook  

Tak perlu susah-susah nak letak gula di enjin sampai rosak sedangkan ‘boot’ kereta-kan luas. *Malas nak kira berapa banyak gula boleh letak dalam ‘boot’ saga. Yang pasti lebih dari 1 dan enjin tidak akan rosak.

Meskipun kelihatan lucu, namun hantaran promosi tersebut menerima kecaman daripada warga maya pula!

Dua kali lima

Kata netizen, kedua-dua jenama berkenaan mempunyai kelemahan dan kelebihan masing-masing dan ramai tampil menyenaraikan masalah yang dihadapi kenderaan yang dibeli mereka.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 6 hours ago

"Niat Kami Hanya Ingin Membantu Ayah" - Individu Buat Permohonan Maaf Terhadap Farah Lee, Akui Kenyataan Berbaur Emosi