Individu Berang ‘Jiran Dari Neraka’ Buang Air Cucian Mesin Basuh Dari Tingkat Atas

26 Jul 2024 • 2:30 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Baru-baru ini tular satu hantaran di Tiktok, seorang wanita berkongsi masalah yang dihadapi kerana mempunyai jiran yang mementingkan diri.

Dalam video yang dikongsi oleh pengguna Tiktok decembery, wanita itu merakam air yang mengalir membasahi bahagian belakang rumahnya disebabkan oleh sikap jiran yang suka membuang air cucian daripada mesin basuh.

@aydamyda_12

Bukan tak pernah Tegur, dah 3 kali rasa nya tegur jiran atas ni, tapi laki bini (india) buat tak tahu je. diorang buang air ke luar sehingga menganggu rumah aku. Aku ni ada anak kecil, rumah pulak paling tepi, bila buka pintu belakang nyamuk sangat banyak ye. Sebab air bertakung dekat tepi. Nak sidai kain dekat luar pun tak boleh, jiran atas ni tak fikir langsung kain yg kita sidai dekat bawah ni. Ingat lagi time raya lepas aku jerit dari bawah sebab tak tahan dah. Aku sidai baju raya kami sekeluarga kain telekung. Diorang buang air terus basah semua kain yg aku jemur. Untuk masa sekarang ni terpaksa lah sidai kain dalam rumah…Tak kan nak pindah rumah pulak. Dan tak sanggup nk hadap hari2. Habis berlumut dekat dinding tu. #areaportklang

♬ original sound – macchiato. – macchiato.

Kalau buang air mesin tak kacau kawasan rumah, saya okay je. Ini korang tengok la sendiri. Depan pintu kot!

Menurut wanita itu, jiran yang menetap di tingkat atas rumahnya merupakan suami isteri. Dia juga sudah menegur pasangan itu sebelum ini tetapi tegurannya tidak diendahkan oleh mereka.

Ingat lagi time raya lepas, aku jerit dari bawah sebab tak tahan dah. Aku sidai baju raya kami sekeluarga, kain telekung. Mereka buang air terus basah semua kain yang aku jemur, katanya di ruangan kapsyen

Nak sidai kain dekat luar pun tak boleh, jiran atas ni tak fikir langsung kain yang kita sidai dekat bawah ni.

Air yang bertakung di kawasan longkang berhampiran pintu rumahnya itu membuatkan wanita tersebut bimbang akan kehadiran nyamuk.

Wanita itu juga berkata, kawasan yang dihuninya itu merupakan flat lama dan tiada badan pengurusan yang bertanggungjawab untuknya menyalurkan aduan.

Tidak mahu memanjangkan pergaduhan, individu tersebut mengambil langkah untuk ‘mengalah’ dengan perbuatan pasangan suami isteri itu, walaupun kecewa dengan sikap mereka.

image is not available

Jap!