“Saya Undur Diri” – Ada 3000 Penonton, Suami Ceraikan Isteri Pertama Dalam Live TikTok Lepas 3 Bulan Kahwin Lain

Entertainment
26 Jul 2024 • 2:50 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Satu video di TikTok, baru-baru ini, telah menarik perhatian ramai selepas seorang wanita diceraikan oleh suaminya ketika sedang melakukan live TikTok.

Suami lafaz cerai dalam live TikTok

Tidak tahu punca pertengkaran, si suami segera melafazkan talak satu terhadap wanita tersebut yang dipercayai merupakan isteri pertama lelaki terbabit.

Difahamkan dari penjelasan lanjut wanita tersebut, dia baru saja menjalani kehidupan bermadu dengan isteri kedua 3 bulan lalu.

Namun begitu, dia mengakui sepanjang menjalani kehidupan bermadu, banyak perbalahan yang tercetus di antara kedua-dua pihak hingga melibatkan perbuatan buka aib.

Tak sanggup hidup bermadu

Dalam pada itu, wanita itu turut mengakui tidak sanggup serta tidak rela untuk hidup madu, malah memang mahu si suami menceraikan dirinya.

Saya memang provoke suruh dia ceraikan saya.. Minta maaf, saya tak mampu nak bermadu. Orang tak molek, tak sesuai dengan orang molek. So saya undur diri.

Sama sekali tidak menitiskan air mata sewaktu talak dilafazkan dan mendoakan yang terbaik semoga suami serta isteri barunya itu menjalani kehidupan bahagia bersama.

image is not available 5 days ago

"3 Tahun Dia Curang" - Bekas Isteri Dakwa 'Influencer' Popular Curang Dengan Isteri Orang & Staf Sendiri