Individu Berang Jiran Selamba Parkir Depan Rumah Tapi Rumah Sendiri Letak Batu

Entertainment
18 Oct 2024 • 1:33 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Hidup berjiran ini sememangnya tidak mudah namun jika kita saling hormat-menghormati serta bertolak ansur pasti semuanya dapat hidup dengan harmoni.

Baru-baru ini, sebuah video tular di aplikasi X apabila terdapat individu yang tidak puas hati dengan tindakan jirannya yang meletakkan kenderaan di hadapan rumahnya serta menyebabkan kesesakan.

Lebih mengeruhkan keadaan, di hadapan rumah jirannya itu tidak diletakkan kereta sebaliknya di kawasan depan itu mereka meratakan dengan konkrit serta meletakkan batu.

Video yang dikongsikan menerusi akaun @isusemasaviral itu memaparkan keadaan rumah individu yang tidak berpuas hati itu sangat sempit serta sukar untuk melakukan pergerakan.

Dari video tersebut, kelihatan ada rumah lain yang mempunyai ruang untuk meletakkan kereta namun mereka hanya memenuhkan hadapan rumah mangsa itu.

“Wujud ye jiran macam ni”

Dalam pada itu, ramai juga netizen yang berkongsi pengalaman hampir sama berhadapan dengan jiran yang bertindak sebegitu.

image is not available

Aduhai, janganlah susahkan orang lain…

Sumber: X

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.