Individu Boleh Laporkan Kepada BNM Jika Bank Tak Nak Terima Tukar Duit Koyak

Entertainment
2 Nov 2022 • 1:59 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Jika ada masalah pada duit kertas seperti terkoyak, kotor, atau terbakar, biasanya tanggapan kita hanyalah perlu tukar di Bank Negara Malaysia (BNM), ia agak renyah untuk sesetengah golongan kerana BNM mungkin jauh dari tempat mereka dan sukar untuk kesana.

Bagaimanapun, seorang pengguna Twitter menyatakan bahawa sebenarnya masih boleh tukar di mana-mana bank cawangan terdekat!

 

Boleh report dekat BNM kalau bank tak nak terima

Perkara itu dikongsikan setelah @azrilfahmi_ ketika dia terbaca satu keluhan daripada seorang pengguna Facebook kepada BNM kerana banyak bank enggan menerima pertukaran wang rosak.

Disebabkan itu, pihak BNM telah memberikan respon bahawa sepatutnya perkara ini tidak berlaku. Jika perkara ini terjadi lagi, boleh berikan nama dan cawangan bank bersertakan nama pegawai dan tarikh kepada mereka.

Aduan boleh dibuat menerusi bnm,gov.my/LINK atau hubungi 1-300-88-5465 untuk siasatan dan tindakan susulan terhadap bank tersebut.

image is not available

Sekadar info buat pelanggan, untuk menukar wang kertas yang dah rosak juga perlu ada panduannya tersendiri, nilai pada sesuatu wang kertas itu bergantung kepada kadar kerosakan dan keadaannya.

Jika duit kertas itu, koyak 2/3 daripada saiz asal wang kertas, tidak mempunyai contengan pada potret Seri Paduka Baginda yang di-Pertuan Agong atau tulisan yang memaparkan slogan politik serta tidak rosak oleh contengan ketara seperti tulisan perkataan, angka dan lain-lain, wang kertas akan diberikan ganti nilai pada hari yang sama.

image is not available

Namun jika wang kertas rosak yang kurang jelas nilainya seperti ada kesan dakwat, terbakar atau dimakan anai-anai, pihak bank akan merujuk BNM dan anda akan diberikan ganti nilai pada tarikh lain.

image is not available

Hurm, baru tahu sebenarnya boleh, ingatkan kedai yang caj minimum amaun kalau nak bayar pakai kad je boleh report.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

View Original Article