Individu dakwa anggota badan beruniform tak berpuasa, ‘pau’ makanan

LocalPolitics
6 Mar 2026 • 7:59 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Satu video tular di media sosial dirakamkan oleh seorang individu yang mendakwa anggota badan beruniform tidak berpuasa.

Menerusi video tersebut, kelihatan sebuah kereta peronda dilihat memarkir kenderaan tersebut di belakang sebuah kedai sebelum didatangi oleh seorang pekerja kedai makan. Tidak beberapa lama kemudian, pekerja berkenaan membawa keluar dua bungkusan plastik.

“Dahla la tak puasa, pau makanan,” kata perakam.

Bagaimanapun, komen netizen memberikan perspektif berbeza. Ada yang menegaskan bahawa anggota badan beruniform itu mungkin bukan Muslim dan bertindak begitu sebagai tanda hormat terhadap mereka yang berpuasa.

♬ Shadows of Suspense – Adauto Assis
image is not available

Seorang lelaki pula berkongsi pengalaman peribadi sebagai non-Muslim.

“Waktu rehat saya akan bungkus makanan ikut pintu belakang sebab segan dan hormat kawan-kawan Muslim. Jangankan bungkus, makan pun selalu menyorok takut ada orang puasa yang ternampak. Auto rasa bersalah,” katanya.

Beberapa netizen lain mengingatkan supaya tidak terus membuat tuduhan atau menilai seseorang hanya berdasarkan apa yang dilihat di media sosial, sebaliknya pastikan fakta dan bukti terlebih dahulu sebelum memberi sebarang komen atau penilaian.

The post Individu dakwa anggota badan beruniform tak berpuasa, ‘pau’ makanan appeared first on The Reporter.