Individu dakwa pemain bola sepak kebangsaan tak bersuara, bersolidariti untuk Faisal Halim?

Football
7 May 2024 • 5:19 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Individu dakwa pemain bola sepak kebangsaan tidak bersuara dan menyatakan solidariti mereka terhadap rakan pemain, Faisal Halim yang kini dilaporkan melecur tahap empat.

image is not available

Individu dakwa pemain bola sepak kebangsaan tak bersuara

Menerusi ciapan dimuat naik pengguna aplikasi X, individu dikenali muhammadirfansh mendakwa tiada seorang pemain bola sepak kebangsaan tampil bersuara mengenai kejadian yang menimpa penyerang pasukan Selangor FC itu.

Bagaimanapun, dia mendakwa dirinya tidak terkejut seandainya mereka ini tidak bersuara dan mempertahankan keadilan buat Faisal Halim.

“Tiada seorang pun pemain kebangsaan yang bersolidariti untuk member sendiri.
“Pelik tapi tak terkejut,”dakwanya dalam ciapan tersebut.

image is not available

Fitnah apa? Ada saja yang berkogsi

Pertikaian dan dakwaan individu tersebut menerima pelbagai reaksi warganet di mana ada yang menyatakan ia adalah fitnah kerana terdapat beberapa pemain bola sepak berkongsi dan mendoakan kesembuhan pemain kelahiran Mengkuang Titi, Pulau Pinang itu.

Malah, hasil tinjauan OhMyMedia sendiri mendapati beberapa pemain berkongsi dan memberikan kata-kata semangat serta doa buat Faisal Halim.

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

Ada sebab kalau tak post

Sementara itu, ramai warganet menyatakan mereka faham seandainya para pemain bola sepak kebangsaan tidak bersuara mahu pun berkongsi sebarang perkembangan mengenai pemilik nama Muhammad Faisal bin Abdul Halim di media sosial.

Ini kerana mereka beranggapan masing-masing mempunyai alasan kukuh terutama bagi menjaga keselamatan diri yang berkemungkinan akan menjadi sasaran seterusnya.

image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available

Apa pun, kita doakan agar Faisal Halim dan seorang lagi pemain berbakat besar, Akhyar Rashid diberikan kesembuhan agar dapat mewarnai arena bola sepak negara kembali.

Semoga pelaku sebenar lekas diberkas dan dikenakan hukuman setimpal dengan tindakan tidak bermoral tersebut.

Sumber: X muhammadirfansh,