Safiq Rahim Pula Dijadikan Sasaran, Kereta Pecah Diketuk

8 May 2024 • 12:16 AM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

image is not available

Belum reda kes serangan terhadap 2 pemain kebangsaan iaitu Akhyar Rashid dan Faisal Halim, kini bekas kapten pasukan kebangsaan dan juga pemain Johor Darul Takzim Safiq Rahim pula dikatakan menjadi sasaran seterusnya.

Desas desus itu susulan satu gambar yang dimuatnaik Safiq Rahim sendiri di akaun Instagram-nya.

Dia memuatnaik keadaan terkini keretanya yang dipercayai telah diserang dan dipukul dengan tukul oleh seseorang berdekatan dengan pusat latihan JDT.

image is not available

Satu laporan polis telah pun dibuat. Moga pelaku segera ditangkap dan dibawa ke muka pengadilan. Buat Faisal dan Akhyar, moga cepat sembuh dan boleh kembali beraksi di atas padang. Doa kami buat kalian.