Individu Dakwa Pernah Lihat Sabronzo & Dash Berlin Buat HIV ‘Test’ Di Klinik Kesihatan

EntertainmentHealth & Fitness
26 Sep 2025 • 2:46 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sehingga kini, ahli kumpulan Dolla iaitu Sabronzo masih belum memberi respon berhubung dakwaan bahawa dia telah mendirikan rumah tangga dalam satu majlis tertutup di Bali, Indonesia.

Dakwaan tersebut timbul selepas satu foto tular di media sosial memaparkan penyanyi yang mesra dengan gelaran ‘Meksab’ dalam kalangan peminatnya itu memakai gaun pengantin serba putih diraikan oleh tetamu yang hadir.

Spekulasi juga mengatakan Sabronzo atau Wan Sabrina Wan Rizal itu bernikah dengan jejaka pilihannya dipercayai DJ antarabangsa, Dash Berlin.

image is not available

Dalam pada itu, seorang individu mendakwa terlihat Sabronzo ditemani Dash Berlin sedang membuat ujian HIV di Klinik Kesihatan Kuala Lumpur sebelum ini.

Bagaimanapun, katanya dia memilih untuk tidak menjadi ‘kepochi’ dan mengambil foto atau merakam video penyanyi itu demi menjaga privasinya.

image is not available

image is not available

Haritu terserempak mereka berdua dekat KK sebab buat HIV test. Nasib I tak jenis kepochi viralkan dorang buat HIV test.

image is not available

Kongsinya lagi, pada mulanya dia tidak perasan kerana penyanyi berusia 30 tahun itu memakai pelitup mula sehinggalah suaminya bertanya kepadanya tentang Sabronzo.

Tambah wanita itu, selepas kejadian dia kemudian terus membuat carian di internet tentang identiti teman lelaki Sabronzo.

Ketika itulah dia tahu, foto yang dilihat di internet memang sama dengan lelaki yang ditemuinya menemani Sabronzo di klinik kesihatan tersebut.

Dalam pada itu, dia akui berasa ralat kerana tidak menegur dan meminta untuk mengambil gambar bersama penyanyi berasal dari Kelantan tersebut.

Rasanya ye la dah nikah kan, haritu masa AIM25 Sab tiada kan (tak hadir), katanya perlu menghadiri perkahwinan adik dia. Mungkin nikah dia la kot.

image is not available

image is not available 2025-09-26 10:19:16

Teringat Kes Syasya, Netizen Tertanya-Tanya Jika Sabronzo Akan Keluar Dolla - "Kontrak Macam Mana?"