Individu Dedah Kisah Sebenar Kisah Poligami ‘Viral’ – “Bila Masa Isteri Kawan Dengan Wife Kedua? Rembat Bini Member”

16 Jan 2026 • 12:21 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Netizen dakwa kisah poligami viral bukan seperti yang dilapor, sebaliknya bermula dari pengkhianatan dan rampas isteri kawan sendiri.

Tular di Threads satu dakwaan mengejutkan daripada seorang wanita mengenai kisah poligami viral baru-baru ini.

Advertisement

image is not available

Kisah yang dianggap ‘sweet’ dan penuh toleransi itu bertukar kontroversi apabila dia mendakwa ‘kisah sebenar’ jauh berbeza daripada apa yang diceritakan.

Dakwa isteri pertama dan kedua bukan BFF

Pengguna Threads itu membuat dakwaan mengejutkan tersebut menerusi satu ruangan komen perkongsian tular.

Dakwanya, naratif bahawa kedua-dua isteri berkawan baik sebelum menjadi madu tidak benar.

image is not available

image is not available

image is not available

Lebih mengejutkan, dia mendakwa isteri kedua berpisah dengan suami terdahulu demi berkahwin dengan suami sekarang.

Pengguna Threads itu turut mempertikaikan dakwaan kononnya kisah ini contoh poligami harmoni. Menurutnya, poligami tidak salah, tetapi ia menjadi salah apabila bermula dengan kecurangan dan pengkhianatan dalam hubungan asal.

Hantaran kontroversi tersebut telah menarik ribuan reaksi daripada pengguna media sosial. Rata-rata mempersoalkan kesahihan dakwaan dan meminta wanita berkenaan beri bukti.

Namun, wanita itu berkata dakwaannya datang daripada sumber yang boleh dipercayai dan meminta netizen bertanya sendiri kepada orang kampung yang mengetahui kisah sebenar.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available2026-01-15 11:38:24

Warga Indonesia Dakwa Hospital Swasta Malaysia Bedah Tanpa Izin, Netizen Tak Percaya - "Lucu, Semuanya Perlu 'Consent Form'"

The post Individu Dedah Kisah Sebenar Kisah Poligami ‘Viral’ – “Bila Masa Isteri Kawan Dengan Wife Kedua? Rembat Bini Member” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.