Individu Dikritik Carikan Kerja Di Malaysia Buat Warga Indonesia – “Dah Kena Panggil Malingsia, Malaydesh Pun Nak Bantu Lagi”

LocalOpinion
4 Sep 2025 • 3:52 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, tular ciapan seorang individu di X yang sepertinya mahu “membantu rakyat Indonesia” berpindah ke Malaysia dek ketidakstabilan politik di negara jiran itu.

Dalam ciapan tersebut, individu itu turut menguar-uarkan pelbagai jawatan kosong di Malaysia yang kononnya sesuai untuk mereka.

image is not available

Namun, ciapan itu tidak diterima baik oleh netizen tempatan. Ramai yang menegur bahawa usaha itu agak berlebihan. Rata-rata netizen berpendapat, mereka memahami dan menyokong apabila rakyat Malaysia membantu rider atau pekerja di Indonesia secara kecil-kecilan, misalnya menempah makanan secara online bagi menyokong ekonomi tempatan.

Tetapi memberikan peluang pekerjaan dan mendorong orang ramai berpindah beramai-ramai ke Malaysia dianggap keterlaluan dan tidak realistik.

image is not available

image is not available

image is not available

Seorang netizen menulis, “Tak salah nak tolong, tapi jangan sampai Malaysia jadi ‘penampan’ untuk semua masalah politik negara lain. Kita boleh bantu dari jauh, support secara ekonomi atau kemanusiaan, tapi sampai pindah kerja sini… agak keterlaluan.”

Ramai menasihatkan bahawa orang tua pernah berpesan supaya ‘buat baik berpada-pada’, risau sekiranya kebaikan yang cuba ditawarkan mungkin membawa padah pada masa hadapan.

image is not available 2025-09-01 09:40:44

Rumah Ahli Politik Diserbu Penunjuk Perasaan, Kecoh Apabila Ada Temui Alat S*ks - "Isteri Pun Tak Puas Hati Ke?"