Terperangkap kepala air: 22 termasuk 12 anggota polis diselamatkan

LocalEnvironment
4 Sep 2025 • 9:55 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 4 SEPT: Semua 22 individu termasuk 12 anggota polis yang terperangkap di seberang sungai susulan fenomena kepala air di Kampung Orang Asli Pertak, Kuala Kubu Bharu, berjaya diselamatkan.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya berjaya membawa semua mangsa  ke kawasan selamat pada jam 7.50 malam.

“Pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 6.42 petang sebelum menggerakkan satu jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan sebuah Toyota Hilux dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Baru.

“Lokasi kejadian terletak kira-kira 20 kilometer dari balai. Operasi menyelamat mangsa yang terperangkap dijalankan sebaik pasukan tiba di lokasi pada jam 7.07 malam,” maklumnya dalam kenyataan.

Terdahulu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan ribut petir dan hujan lebat melanda Selangor, Kuala Lumpur serta Putrajaya hingga jam 6 petang tadi.


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved