Individu Hina Mangsa Nahas Helikopter TLDM, Pihak Berkuasa Digesa Ambil Tindakan

23 Apr 2024 • 11:47 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Diminta orang ramai menghormati jasa anggota tentera yang terkorban

Individu Hina Mangsa Nahas Helikopter TLDM, Pihak Berkuasa Digesa Ambil Tindakan. Seluruh negara sedang berduka dengan kejadian tragis pertembungan dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut pada hari Selasa.

Kemalangan nahas itu telah meragut nyawa 10 mangsa termasuk seorang mangsa dari Sarawak, LK I JJM Joanna Felicia anak Rohna ketika menjalani latihan sambutan Hari Terbuka Armada TLDM yang dijadualkan pada hari Sabtu.

image is not available
Individu Hina Mangsa Nahas Helikopter TLDM, Pihak Berkuasa Digesa Ambil Tindakan

Rakaman dan gambar nahas yang tular di media sosial menunjukkan keadaan yang amat menyedihkan dengan serpihan dan cebisan daging mangsa bertaburan di kawasan kejadian. Suara saksi turut menggambarkan keadaan tragis itu dengan nada yang sedih.

“Ya ALLAH, cebisan daging ya ALLAH. Banyak di situ ya ALLAH. Cebisan daging,” ujarnya saksi tersebut menurut sumber.

Individu tidak berhati perut perlu diambil tindakan yang tegas

Bagaimanapun, terdapat individu yang bertindak tidak sensitif dengan meremehkan mangsa kejadian melalui komen kasar di media sosial.

Perkara ini mendapat perhatian orang ramai yang mahukan tindakan tegas diambil terhadap individu tersebut kerana tidak menghormati mangsa nahas helikopter itu.

Setakat ini, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai komen negatif yang dilontarkan itu.