Individu Ini Jadi Tular, Sanggup Jual Motosikal Demi Sokong Harimau Malaya Di Qatar

26 Jan 2024 • 10:47 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Korang ingat lagi abang rambut perang malam tadi tak?

Jika anda menonton siaran langsung aksi terakhir Kumpulan E Piala Asia di antara Malaysia dan Korea Selatan malam tadi, pastinya wajah pemuda ini menjadi tumpuan ramai.

Reaksi spontan ekor ‘Harimau Malaya’ yang menangis di dalam stadium sejurus Malaysia menjaringkan gol kedua menerusi sepakan penalti Arif Aiman Hanapi, sempat dirakam oleh lensa kamera dan kini mula tular di media sosial.

image is not available
Individu Ini Jadi Tular, Sanggup Jual Motosikal Demi Sokong Harimau Malaya Di Qatar

Rupa-rupanya, ada kisah menarik di sebalik tangsisan harimau malaya abang ini.

Difahamkan nama sebenar abang rambut perang adalah Derrick Gan, seorang rakyat Malaysia berketurunan Cina yang berasal dari Melaka.

Pengorbanan beliau ke Qatar sebenarnya tidak boleh diperkecilkan, difahamkan beliau sanggup menjual motosikal kesayangannya demi menampung perbelanjaan untuk menonton Malaysia bermain di Piala Asia.

Pada 28 Disember tahun lalu, pemuda dari Melaka ini telah memuatnaik satu hantaran di akaun Facebooknya yang mahu mencari dana ke Qatar dengan menjual motosikal Yamaha 135LC yang digunakannya setiap hari.

image is not available

Harga yang ditawarkannya pada ketika itu adalah RM4,500 dan ia masih boleh dirunding. Katanya, dia sanggup melepaskan motosikal ini demi untuk menyaksikan aksi skuad Harimau Malaya yang layak secara merit ke Piala Asia.

Sebenarnya Derrick Gan telah mengajar kita ‘erti semangat cintakan negara’ dan pengorbanannya ini turut mencetuskan inspirasi buat rakyat Malaysia.

Kami cukup kagum dengan anda!

Korang tau tak salah satu pemain bola Harimau Malaya ni ada yang berasal dari Sarawak. Baca lebih lanjut di bawah: