Individu Ini Sebar Rakaman CCTV Anggota Polis Didakwa Serbu Rumahnya Tak Ikut SOP, Siap Peras Ugut RM12k!

LocalPolitics
19 Feb 2025 • 9:11 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Anggota polis

Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini sedang menyiasat dakwaan salah laku anggotanya yang dikatakan melakukan serbuan tanpa mengikut SOP serta terlibat dalam pemerasan wang.

Menurut laporan Berita Harian, siasatan telah dibuka selepas satu rakaman video dan kenyataan mengenai kejadian itu tular di Facebook dan perkara ini dikatakan sendiri Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar.

Siasatan dibuka bagi menyiasat dakwaan yang ditularkan dan tindakan tegas akan diambil sekiranya wujud salah laku dalam kejadian ini.

Serbuan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik 

image is not available

Rakaman video yang tular itu menunjukkan empat anggota polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) IPD Petaling Jaya sedang melakukan serbuan di Pelangi Damansara, Petaling Jaya pada 10 Oktober 2024 ketika Op Tapis dijalankan di kawasan tersebut.

Mangsa dakwa diperas RM12,000!

image is not available

Menurut pengadu, anggota polis terbabit memecahkan kamera CCTV dan mengambil kad memori CCTV sebelum meminta wang sebanyak RM12,000 daripadanya.

Jika dakwaan ini benar, ia merupakan satu salah laku serius dan PDRM memberi jaminan bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana anggota yang terlibat.

#ApaKataOhmedia

Sebarang salah laku oleh pihak berkuasa harus dilaporkan segera agar tindakan sewajarnya boleh diambil. Jika anda berdepan situasi seperti ini, rekod bukti dan hubungi pihak yang bertanggungjawab untuk mendapatkan keadilan.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Berita Harian


The post

appeared first on

.