Tular Video 4 Lelaki Dipercayai Polis Serbu & Pecahkan CCTV Rumah, PDRM Jalankan Siasatan

LocalPolitics
19 Feb 2025 • 3:27 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Satu klip rakaman CCTV tular di platform media sosial X memperlihatkan beberapa individu yang didakwa anggota polis membuat serbuan di sebuah rumah. Perkara ini telah mengundang kemarahan netizen.

Susulan itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesan video dan kenyataan yang asalnya tular di Facebook itu pada jam 1 petang semalam sebelum ia dipadamkan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar dalam satu kenyataan baru-baru ini berkata, PDRM telah mengesahkan bahawa serbuan itu dilakukan oleh Bahagian Jenayah Narkotik IPD Petaling Jaya di Pelangi Damansara, Petaling Jaya pada 10 Oktober 2024 semasa melakukan Ops Tapis di kawasan Damansara.

image is not available

Berdasarkan video itu, keempat-empat pegawai tersebut bertindak ‘menceroboh’ selepas pemilik rumah dikatakan enggan membenarkan mereka masuk, malah mereka menggunakan kekerasan di pintu depan dan memusnahkan kamera CCTV.

Dalam satu kenyataan tangkap layar daripada pemilik asal, dia menyatakan bahawa keempat-empat individu itu gagal mengemukakan waran ketika diminta olehnya dan mendedahkan bahawa kesemua pegawai berkenaan didakwa meminta bayaran peras ugut RM12,000 daripadanya secara tunai.

Berikutan itu, Shahrulnizam mengatakan bahawa siasatan telah dibuka dan tindakan tegas akan diambil sekiranya terdapat sebarang salah laku dalam kejadian ini.

Sumber : Facebook, X

Sumber:

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.