Individu jual 3 helai baju sekolah RM10, niat nak bantu golongan susah

LocalBusiness & Finance
13 Feb 2025 • 3:28 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Seorang individu jual pakaian sekolah dengan harga murah bagi memudahkan golongan kurang berkemampuan terutama memiliki bilangan anak ramai untuk mendapatkan segala kelengkapan itu.

Mohd Azrol Azhar, 38, berkata, dia hanya berniat membantu orang ramai tanpa mengira sangat keuntungan yang bakal diperoleh.

Individu jual 3 helai baju sekolah RM10

Difahamkan, dia yang berniaga di Kampung Simpang Tok Ku di sini, menjual seragam sekolah pada harga RM10 bagi tiga helai pakaian.

“Kos sara hidup kini amat tinggi. Bagi keluarga yang mempunyai ramai anak dan kurang berkemampuan, sudah tentu memerlukan perbelanjaan besar untuk menyediakan kelengkapan sekolah.
“Niat saya untuk membantu golongan susah, saya jual dengan harga yang tidak masuk akal ini tanpa mengira soal keuntungan.
“Saya labur sebanyak hampir RM300,000. Walaupun modal besar dan keuntungan sangat ‘nipis’ namun saya gembira dapat membantu lebih 10,000 keluarga yang datang ke kedai saya untuk mendapatkan pakaian sekolah,”katanya.

image is not available

Susulan penularan video baru-baru ini, premisnya diserbu orang ramai yang mahu mendapatkan pakaian sekolah pada harga murah.

Berasal dari Kampung Teluk Menara, Manir, di sini, Mohd Azrol berkata, pada tahun ini dia membekalkan lebih 100,000 helai pakaian sekolah iaitu baju, seluar, kain, tudung dan stokin.

“Semuanya habis dijual dalam tempoh seminggu,”katanya lagi.

image is not available

Dalam pada itu, Mohd Azrol juga terharu apabila ada di kalangan pelanggan yang sanggup membeli baju dalam kuantiti yang banyak untuk membantu jiran dan penduduk yang tidak berkemampuan.

“Ramai pelanggan yang ucap terima kasih dan berdoa semoga saya dapat terus membantu orang susah dengan menjual pakaian baharu dengan lelong.
“Malah, ada juga di kalangan pelanggan yang saya bagi percuma dengan niat bersedekah,”ujar Mohd Azrol.

image is not available

Sementara itu, salah seorang pelanggan, Nik Mohd Syahmin Khalid, 37, berkata, dia yang tinggal di Kuala Berang sanggup datang untuk mendapatkan pakaian sekolah tiga anak perempuannya berusia 10, tujuh dan enam tahun.

Sumber: Harian Metro (Zaid Salim)