Individu Kesal Dengan Isu ‘Check-In’ Lambat Tapi ‘Check-Out’ Awal Di Hotel, Minta Menteri Pelancongan Campur Tangan

LocalPolitics
25 Sep 2024 • 1:15 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Boleh dikatakan isu mengenai waktu check-ini dan check-out yang tidak konsisten sering kali menjadi bualan ramai dan seorang netizen meluahkan rasa kurang senang dengan masa yang ditetapkan.

Luahan seorang lelaki di X ini telah menimbulkan perbincangan di media sosial, di mana dia merayu agar Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) untuk campur tangan bagi selaraskan masa daftar dan keluar hotel-hotel di Malaysia.

Lelaki terbabit mengeluh kerana kebanyakan hotel di Malaysia menetapkan masa daftar semakin lewat tetapi masa keluar pula dipercepatkan yang membuatkan ramai netizen meluahkan rasa tidak puas hati.

Katanya lagi, jika industri pelancongan tempatan mahu mendapat sokongan rakyat, mereka perlu diselesaikan secepat mungkin.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan luahan lelaki itu dan berharap agar perkara ini diambil serius oleh pihak atasan.

image is not available

image is not available

image is not available 2 months ago

Wanita Ditangkap Khalwat Bersama 6 Lelaki Ketika Parti Bujang, Bakal Suami Mahu ‘Cancel’ Kahwin - “Saya Akan Tuntut Ganti Rugi”