Individu Pakai Niqab Buat Live Sambil ‘Belanja’ Siap Minta ‘Gift’ Lagi, Rupa-rupanya…

Entertainment
2 Aug 2023 • 11:11 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Banyak perkara yang tidak boleh dipermainkan sewenang-wenangnya, antara perkara yang dimaksudkan termasuklah isu berkaitan agama, institusi perlembagaan serta perkauman.

Namun, tidak dapat dinafikan ada sesetengah pihak yang bertindak menggunakan isu sebegitu atau dengan kata lain ‘menunggang’ perihal tersebut bagi keuntungan peribadi atau clout (pengaruh buruk).

Terbaru, tular sebuah tangkap layar video memaparkan seorang individu yang mengenakan niqab dan membuat live di TikTok, apa yang membuatkan perkara itu menjadi bualan netizen ialah individu berkenaan bertindak ‘menjual diri’ dengan aksi yang berbaur lucah.

Umum mengetahui, pemakaian niqab itu khusus buat wanita Islam yang ingin menjaga kehormatan diri mereka tetapi individu ini melakukan perkara yang sememangnya bercanggah.

image is not available

Video penuh klik di sini.

Lebih membuatkan netizen naik angin ialah, individu berkenaan meminta penonton live tersebut memberikan gift jika ingin melihat ‘aksi’ selanjutnya.

“Macam tak ori je”

Perkara itu menimbulkan kemarahan netizen malah ada juga yang berspekulasi bahawa individu berkenaan bukanlah seorang wanita sebaliknya seorang lelaki yang ingin ‘memancing’ pengikutnya.

image is not available

Meninjau ke ruangan replies, difahamkan akaun TikTok tersebut sudah tidak aktif dan tidak boleh dicari dalam media sosial tersebut.

image is not available

Aduhai, kalau terdesak sangat pun jangalah sampai macam ni…

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.