Individu Pelik Harga Bagasi Penerbangan Lebih Murah Jika Beli Guna Telefon Honor Berbanding iPhone

16 Jan 2024 • 9:46 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Harga bagasi penerbangan berbeza antara iPhone dan Honor walaupun berat sama

Individu Pelik Harga Bagasi Penerbangan Lebih Murah Jika Beli Guna Telefon Honor Berbanding iPhone. Baru-baru ini, terdapat satu hantaran di media sosial oleh seorang individu yang berasa keliru tentang harga bagasi yang berbeza sewaktu hendak membeli tiket penerbangan.

Menerusi perkongsiannya di laman Facebook, individu itu menyatakan bahawa pada 26 Januari 2024, dia telah membuat tempahan tiket penerbangan dari Johor ke Kuching untuk ibu mertuanya.

image is not available
Individu Pelik Harga Bagasi Penerbangan Lebih Murah Jika Beli Guna Telefon Honor Berbanding iPhone. Sumber foto: youtube

Difahamkan, penerbangan tersebut pada pukul 5.40 petang dengan harga tiket sebanyak RM209.

Harga bagasi penerbangan yang berbeza walaupun berat sama

Walaubagaimanapun, apabila dia hendak membeli bagasi untuk ibu mertuanya, dia berasa hairan kerana terdapat 3 pilihan harga bagasi yang berbeza walaupun berdasarkan berat yang sama iaitu 20kg.

Difahamkan, perbezaan harga itu adalah berdasarkan jenama telefon bimbit yang digunakan untuk membeli tiket tersebut.

Harga berbeza dengan menggunakan telefon bimbit yang berlainan

Menurut individu tersebut, caj atau harga bagasi untuk telefon iPhone ialah RM79.86 manakala telefon Honor x9b pula RM55. Bagi komputer pula, caj bagasinya RM63.25.

https://www.facebook.com/klvliew/posts/pfbid0d7MFHhQTwuQzqVycg5r2EitNbZWgJAoZ5QdR1MdQqB3FMSk71vkxdnAwJ7tWCo8l

Jadi, individu itu menyuarakan kekeliruannya tentang harga bagasi yang berlainan walaupun beratnya sama iaitu 20kg.

Baca juga artikel yang berkaitan:

https://www.iloveborneo.my/gitar-vintage-patah-band-dari-sarawak-ini-kecewa-dengan-kecuaian-syarikat-penerbangan-ini/

https://www.iloveborneo.my/luah-perasaan-bagasi-tidak-dibenar-naik-kapal-terbang-wanita-ini-disekolahkan-netizen/