Rakyat Sabah di Kuala Lumpur disaran beli segera tiket penerbangan

9 Jan 2024 • 2:11 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

SANDAKAN: Pelajar mahu pun rakyat Sabah di Kuala Lumpur dan ingin pulang sempena Tahun Baru Cina disaran untuk segera membeli tiket penerbangan pada harga minimum.

Adun Elopura, Calvin Chong berkata peluang untuk mendapatkan tiket penerbangan pada harga minimum RM348 hanya boleh didapati bermula 5 Januari sehingga 15 Januari ini.

“Menteri Pengangkutan, Loke Siew Fook mengumumkan tawaran harga tiket penerbangan Air Asia b dari Kuala Lumpur ke Tawau, Kota Kinabalu dan Sandakan serta Johor Bahru ke Kota Kinabalu, ialah minimum RM348. “Oleh itu, sesiapa yang ingin pulang bercuti sempena Tahun Baru Cina rebutlah peluang ini,” kata Calvin dalam kenyataan.

SPONSORED CONTENT RM20bil green steel project: Sabah on its way to adopting green technology, says Hajiji Kota Kinabalu: Chief Minister Datuk Seri Hajiji Noor said Sabah is well on its way to fully adopting the green technology revolution with a RM20 billion green steel project at the Sipitang Oil and Gas Industrial Park (Sogip). Read more Bagaimanapun, Calvin kecewa kerana harga tersebut tidak adil bagi Sabah disebabkan tawaran tiket bagi Sarawak jauh lebih murah pada RM298 (beza RM50). “Seharusnya harga tawaran tersebut ditetapkan pada harga sama bagi mengelakkan sebarang isu berlaku,” tambahnya. Namun, Calvin menghargai usaha kerajaan dengan syarikat penerbangan Air Asia yang komited memastikan tambang penerbangan semasa musim perayaan adalah stabil untuk membantu meringankan beban perantau khususnya anak Sabah. Sehubungan itu, Calvin berharap semua syarikat penerbangan lain dapat membuat tawaran seperti ini dengan lebih adil, dan menambah kapasiti penerbangan supaya lebih banyak rakyat Malaysia berpeluang untuk balik ke kampung terutama di Sabah semasa hari perayaan.

“Saya yakin dengan budi bicara dan keprihatinan daripada pihak syarikat penerbangan, serta campur tangan pihak kerajaan dan penguasa berkaitan, tiket penerbangan ketika musim perayaan ini akan lebih munasabah,” katanya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.