Individu Sediakan Baju Melayu Terpakai Secara Percuma Raih Pujian Netizen – “Semoga Tuhan Angkat Darjat & Luaskan Rezeki..”

20 Mar 2025 • 11:31 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Tidak lama lagi, kita bakal menyambut hari raya Aidilfitri dan rata-rata ramai yang sudah mula membuat persiapan bagi menyambut perayaan tersebut.

Namun, ada juga segelintir pihak yang tidak mampu untuk menyediakan kelengkapan raya atas faktor kewangan.

Baru-baru ini, tular di TikTok apabila terdapat seorang individu yang menganjurkan ‘free market’ di Bazar Ramadan Yayasan Johor di mana dia menyediakan baju Melayu secara percuma untuk golongan yang kurang berkemampuan.

Menerusi video tersebut, ia memaparkan suasana di pasar percuma tersebut yang menarik kehadiran orang ramai terutamanya golongan warga emas.

image is not available

image is not available

Selain baju Melayu, terdapat juga jubah dan pakaian lain dalam pelbagai saiz serta warna yang membolehkan lebih ramai orang menerima manfaat daripada inisiatif ini.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berterima kasih atas inisiatif murni ini yang sedikit sebanyak dapat membantu mereka yang memerlukan.

image is not available

Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.

image is not available 3 days ago

Replika Baju Melayu Gergasi Dikaitkan Dengan Amalan Khurafat, Pengasas Bulan Bintang Beri Penjelasan - "Saya Nak Menghargai Budaya Kita"