Individu Selamatkan Enam Sekeluarga Lemas, Menggigil Lihat Kejadian Berlaku Depan Mata – “Dengar Tangisan Kanak-Kanak & Jeritan Minta Tolong”

26 Aug 2024 • 7:25 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Tindakan berani dua lelaki berjaya menyelamatkan enam sekeluarga daripada lemas selepas kereta dinaiki mereka terjunam ke dalam parit di Kilometer 15, Jalan Selama-Bagan Serai, Sabtu lalu.
 
Kejadian sekitar jam 3.45 petang itu disaksikan oleh kakitangan Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza), Kamal Ramli, 36, yang turut membantu mangsa kemalangan.
 
Menurutnya, dia yang dalam perjalanan pulang ke Kuala Terengganu, melihat kereta mangsa yang berada di hadapannya telah terlanggar tiang elektrik sebelum terjunam ke dalam parit.



"Saya yang panik terus meminta bantuan pengguna jalan lain sampailah dua lelaki bermotosikal berhenti dan tanpa fikir panjang terus terjun mendapatkan tiga kanak-kanak yang masih kecil untuk dibawa ke tempat selamat," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini pada Isnin.










"Niat saya merakam kejadian itu adalah untuk hargai keberanian abang tersebut dan beberapa individu lain yang sanggup terjun membantu mangsa kemalangan itu walaupun air ketika itu sangat dalam," katanya.