Individu Selamba Papar Jalankan Khidmat Rentas Sempadan M’sia ke Indonesia Secara Haram Di TikTok

Entertainment
13 Jun 2025 • 11:19 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Bagai tiada rasa takut, netizen baru-baru ini terkejut apabila tular sebuah akaun di TikTok dengan selamba memuat naik content memaparkan servis ‘haram’ yang dilakukan mereka di negara kita ini.

Servis itu didakwa melibatkan perkhidmatan rentas sempadan perairan negara Malaysia ke Indonesia secara haram dengan menggunakan ‘jalan belakang’.

Daripada video-video yang dikongsikan, individu ini katanya menawarkan perkhidmatan itu kepada pendatang asing Indonesia yang digelar Tenaga Kerja Indonesia (TKI) yang didakwa menetap secara haram di negara ini, dalam senarai blacklist atau mengalami masalah dokumentasi untuk pulang ke Indonesia dengan cara ‘aman’ atau selamat.

Individu ini juga didakwa menawarkan laluan perjalanan melalui laut di pelbagai kawasan termasuklah dari Selangor ke Riau atau Medan di Indonesia.

Jadual perjalanan pula dilakukan sebanyak 2 kali sehari dan individu ini juga menyatakan yang perkhidmatannya ini dilakukan secara ‘illegal’.

@speedboat_tki

Membalas @irasrirahayu579 Yang mau bertanya tanya tanya saja ya yang kawan-kawan mimin siap jawab kok #pejuangringgit #tkimalaysia #anakrantaumalaysia

♬ suara asli – king plat DA – king plat DA

Selain itu, pihak ini juga katanya menawarkan perkhidmatan menjemput ‘penumpang’ dari tempat mereka menetap dan menghantar terus ke destinasi yang ditujui.

“Dorang ni cabar negara kita ke?”

Hantaran tersebut ternyata mengundang pelbagai komen daripada netizen yang menyatakan minat dengan khidmat berkenaan, namun ramai di kalangan rakyat Malaysia yang meluahkan rasa tidak puas hati dengan apa yang berlaku.

image is not available

Meskipun ada yang menyatakan bahawa video-video berkenaan boleh menjadi bukti untuk dibawa ke pengetahuan pihak berkuasa, individu yang memuat video ini dilihat membalas komen seperti tidak takut dengan amaran tersebut.

image is not available

image is not available

Apa-apapun, ramai berharap isu ini mendapat perhatian pihak berwajib untuk menyiasat kesahihan di sebalik apa yang berlaku.

Ramai juga bimbang jika perkara ini menunjukkan betapa lemahnya kawalan terhadap perairan sempadan negara.

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.