Individu Tuduh Kilang Kicap Kotor, Habhal’s Bakal Ambil Tindakan Undang-undang

Entertainment
18 Jan 2024 • 12:32 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Zaman media sosial ini, banyak berita palsu tersebar dan kita sebagai pengguna seharusnya selidik dahulu sebelum berkongsi.

Seperti yang tular baru-baru ini, seorang individu mendakwa jenama kicap terkemuka Habhal’s yang mengeluarkan Kicap Cap Kipas Udang memproses produknya di kilang yang teramat kotor.

image is not available

Dalam video itu, individu berkenaan telah memuat naik satu tangkap layar berkenaan kilang kicap yang terdedah dengan kotoran najis tikus, namun tiada jenama spesifik yang diletakkan di situ tetapi individu berkenaan di ruangan komen berkata ia adalah jenama Habhal’s.

image is not available

Disebabkan itu, sudah pastinya jenama Habhal’s di bawah Zara Food Industries Sdn. Bhd. terkesan dengan tuduhan yang dilemparkan, pihak mereka kemudiannya mengeluarkan satu kenyataan agar isu itu tidak menimbulkan keraguan pengguna.

image is not available

“Pihak syarikat memandang serius perkara ini dan telah membuat laporan Polis dan akan mengambil tindakan ke atas pemilik akaun tersebut.

Hal ini kerana, ia telah menjejaskan imej dan kepercayaan pengguna terhadap produk keluaran HABHAL’S Cap Kipas Udang,” tulisnya.

Selain itu, dalam posting TikTok yang sama, pihak Habhal’s juga memuat naik video rupa sebenar kilang pemprosesan kicap mereka yang sangat bersih dan terurus.

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.