
Pelakon Nabila Huda telah menerima kata-kata berbaur ugutan oleh seorang individu yang menuduhnya seorang ‘kaki claim’.
Menerusi hantaran yang dibuat individu tersebut, dia mendakwa Nabila sebagai pencuri budaya Indonesia.
“Nabila Huda @abilsuhaimi is the NO.1 claimer/ thief of the Indinesian Culture. Wkwkwk,” tulis individu tersebut di platform X.
Tidak cukup dengan itu, individu yang dipercayai berasal dari Indonesia itu juga turut memberikan ugutan untuk menculik anak aktres itu.
“Im going to kidnapp your daughter if you still claim the indonesian culture @abilsuhaimi,” tulisnya.
Boleh sesiapa tolong reply kan? pic.twitter.com/VeG4T0P33o
— Nabila Huda (@abilsuhaimi) November 18, 2023
