Individu Tuduh Peserta Sumud Dibayar RM40,000, Ahmad Faezal Gesa Kemuka Bukti

LocalPolitics
21 Apr 2026 • 10:27 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Pempengaruh dan penulis bidang analisis geopolitik, Ahmad Faezal menggesa seorang pengguna media sosial supaya tampil mengemukakan bukti susulan tuduhan mengatakan peserta Global Sumud Flotilla 2.0 (GSF 2.0) menerima bayaran.

Tuduhan terima bayaran

Menerusi perkongsian tersebut, individu terbabit menuduh setiap daripada peserta menerima RM40,000 dan tidak menggunakan duit sendiri untuk mengikuti misi terbabit.

Dia juga mengatakan tidak mempercayai apa yang diperkatakan oleh bekas wartawan dan juga peserta GSF 2.0 Zainal Rashid Ahmad, selain meragui peserta lain seperti Ardell Aryana dan Heliza Helmi.

“Peserta Sumud rupanya dapat bayaran RM40,000 seorang bukan guna duit sendiri. Satu per satu terbongkar.
“Memang ZRA cakpa tak boleh nak percaya. Dah terdetik hati sejak dia terlepas daripada tahanan sumud1.
“Ardell pun aku suspicious perangai dia. Heliza dari berpurdah tak pakai purdah,” tuduhnya.

Image from: Individu Tuduh Peserta Sumud Dibayar RM40,000, Ahmad Faezal Gesa Kemuka Bukti

Kalau betul ada bolehlah kongsi

Susulan daripada itu, Ahmad Faezal yang merupakan peserta untuk misi kali ini meminta supaya individu terbabit menyertakan bukti dan jika ia benar terjadi, dia tidak teragak-agak berkongsi 10% daripada bayaran tersebut kepadanya.

“Salam Syafiq, bagitahu kejap cara nak claim RM40,000 ni. 
“Kalau saya dapat, saya kongsi 10% dekat Syafiq. Deal?” tulisnya.

Payah bila menaip tak guna otak & iman

Perkongsian berkenaan mendapat perhatian ramai netizen dan rata-rata mempertikaikan tuduhan tidak berasas tersebut.

Mereka juga sempat memerli individu terbabit di ruangan komen susulan kenyataan tidak berasas berkenaan.

Image from: Individu Tuduh Peserta Sumud Dibayar RM40,000, Ahmad Faezal Gesa Kemuka Bukti

Jangan layan orang macam ni

Image from: Individu Tuduh Peserta Sumud Dibayar RM40,000, Ahmad Faezal Gesa Kemuka Bukti

 

Kaki fitnah!

Image from: Individu Tuduh Peserta Sumud Dibayar RM40,000, Ahmad Faezal Gesa Kemuka Bukti

Sumber: Thread ahmadfaezal4

The post Individu Tuduh Peserta Sumud Dibayar RM40,000, Ahmad Faezal Gesa Kemuka Bukti appeared first on Borak Daily.