Indonesia batal musnah hutan untuk tanam padi

WorldEnvironment
6 Oct 2026 • 6:00 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Indonesia batal musnah hutan untuk tanam padi

JAKARTA – Indonesia hari ini menyatakan akan menghentikan sebuah projek bertujuan memusnahkan beberapa juta hektar hutan bagi meneroka tanah untuk  pengeluaran padi.

Jakarta melancarkan program pada tahun 2024 untuk menghentikan kebergantungan kepada import beras dalam tempoh lima tahun akan datang  dengan meneroka tiga juta hektar tanah untuk sawah padi.

Indonesia merupakan antara  negara yang mempunyai paling banyak kawasan hutan di dunia, dan secara tidak langsung merupakan penyerap utama pelepasan karbon yang memanaskan Bumi akibat pembakaran  bahan api fosil oleh manusia.

Kerajaan menetapkan matlamat menjadi negara penyerap karbon bersih menjelang 2030, dengan hutan dan penggunaan tanah lain, menyerap lebih banyak karbon berbanding yang dilepaskan.

Bagaimanapun, pemerhati-pemerhati  berkata,  pemusnahan hutan berterusan untuk pertanian dan pembalakan, serta kebakaran hutan yang berleluasa boleh menjejaskan rancangan Jakarta.

Presiden Prabowo Subianto menyambut baik ‘kemenangan penting’  tahun ini selepas data menunjukkan permintaan beras negara telah dipenuhi oleh pengeluaran tempatan.

Utusan Iklim Hashim Djojohadikusumo berkata, stok beras rizab strategik kerajaan  mencapai kira-kira 5.3 juta tan.

“Kerajaan melihat tiada keperluan lanjut untuk meluaskan penanaman padi di kawasan hutan,” kata Hashim yang merupakan saudara lelaki Prabowo.

Menurutnya, kerajaan sebaliknya akan memberi tumpuan kepada ‘langkah intensifikasi’ termasuk menggunakan benih unggul untuk meningkatkan hasil padi.

Tidak diketahui berapa banyak hutan yang telah digantikan dengan sawah padi sebelum projek itu dihentikan.

Menurut  Agensi Makanan Nasional yang berusaha memajukan keterjaminan makanan di  Indonesia, negara itu mengeluarkan 34.71 juta tan beras pada 2025 dan jauh  melebihi permintaan tahunan sebanyak 31.19 juta tan.

Jerebu daripada kebakaran hutan dan tanah gambut di Indonesia menyelubungi negara jiran Malaysia dan Singapura selama berminggu-minggu.

Keadaan panas dan kering yang dikaitkan dengan fenomena cuaca El Nino telah menyemarakkan kebakaran hutan, yang juga dikaitkan dengan pembersihan tanah. – AFP

 

The post Indonesia batal musnah hutan untuk tanam padi appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved