
Indonesia Benarkan Syarikat Penerbangan Naikkan Harga Tiket Hingga 13 Peratus
Indonesia hari ini mengumumkan peningkatan surcaj bahan api pesawat sebanyak 28 mata peratusan, selain memberi kebenaran kepada syarikat penerbangan untuk menaikkan harga tiket domestik sehingga 13 peratus, lapor AFP.
Langkah itu susulan lonjakan harga minyak global akibat konflik di Asia Barat, kata Menteri Ekonomi, Airlangga Hartarto.
Menurut beliau, surcaj bahan api jet akan dinaikkan daripada 10 kepada 38 peratus, manakala tambang penerbangan dijangka meningkat antara sembilan hingga 13 peratus.
Langkah itu akan dikaji semula
Sementara itu, AirAsia X, syarikat penerbangan tambang rendah terbesar di Asia Tenggara, memaklumkan ia turut akan menaikkan harga tiket serta mengurangkan laluan penerbangan sebagai langkah penjimatan bagi mengekang kesan konflik berkenaan.
Tambah Airlangga lagi, kerajaan Indonesia akan menanggung cukai nilai tambah (VAT) sebanyak 11 peratus bagi tiket penerbangan domestik sebagai usaha mengurangkan beban kenaikan harga terhadap penumpang.
Menurut beliau, jumlah subsidi yang disediakan kerajaan dianggarkan sekitar 1.3 trilion rupiah (kira-kira RM307.4 juta) sebulan.
Difahamkan, langkah itu akan dikaji semula selepas tempoh dua bulan, bergantung kepada perkembangan konflik di Asia Barat sama ada berterusan atau sebaliknya.
Baca juga: