Indonesia Berpotensi Besar Beraksi Di Piala Dunia 2030 – John Herdman

FootballSports
15 Jan 2026 • 7:06 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Indonesia Berpotensi Besar Beraksi Di Piala Dunia 2030 – John Herdman

Ketua jurulatih baharu pasukan kebangsaan Indonesia, John Herdman mengakui bahawa negara itu berpotensi besar untuk layak ke Piala Dunia 2030, lapor portal GOAL.

Difahamkan, Herdman dilantik oleh Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) bagi menggantikan Patrick Kluivert, yang dipecat pada Oktober lalu selepas gagal membawa skuad Garuda mara ke Piala Dunia 2026.

Dalam sidang media rasmi memperkenalkan pengendali dari England itu, Herdman secara terbuka mengakui bahawa Indonesia memiliki potensi besar untuk beraksi di pentas Piala Dunia.

image is not available
Kredit: AFP

“Saya melihat peluang di Indonesia dan saya berasa sangat yakin bahawa kelompok penyokong dan masyarakat di sini layak berada di pentas tertinggi bola sepak dunia,” kata Herdman.

Selain itu, Herdman menegaskan keyakinannya bahawa Pasukan Merah Putih berpotensi beraksi di Piala Dunia.

Pelbagai faktor boleh mempengaruhi perjalanan Skuad Garuda

Bagaimanapun, beliau juga mengakui pelbagai faktor boleh mempengaruhi perjalanan Skuad Garuda untuk mencapai sasaran tersebut.

“Pengalaman menyesuaikan diri dengan budaya berlainan merupakan sebahagian daripada proses memahami dan menghayati bola sepak sesebuah negara

“Perkara ini akan menjadi faktor penting dalam usaha melayakkan pasukan ke Piala Dunia 2030

“Kami mempunyai tempoh yang sangat singkat. Fasa awal ini adalah masa untuk mendengar, memahami,dan memastikan semua pihak yang berkepentingan diberi ruang untuk disuarakan

“Selepas itu, kami perlu bertindak dengan jelas dan tegas mengenai langkah-langkah yang mampu membawa hasil dengan pantas,” ujar beliau lagi.

image is not available

GOAL melaporkan Herdman dijangka membuat penampilan sulung bersama Pasukan Kebangsaan Indonesia pada perhentian antarabangsa bulan Mac ini.

Dengan agenda yang menanti, jurulatih berusia 50 tahun itu mengakui telah menyiapkan beberapa langkah bagi meraih keputusan positif sepanjang perlawanan debutnya.

“Saya sudah mula berkomunikasi dengan kapten dan pemimpin pasukan, serta menghubungi lebih 60 pemain untuk memaklumkan kehadiran saya dan pemantauan yang sedang dijalankan

“Ia mengenai membina piawaian dan tabiat yang diperlukan untuk layak ke kejohanan besar,” tambahnya lagi.

BACA: US Embassy KL Kongsi Gambar Malaysia Dari Angkasa, Netizen Bergurau “Kami Tak Ada Minyak, Ada Sawit Je”
BACA: Siap Ada Tanjak, Empat Robot Menari Zapin “On Point” Buat Ramai Kagum

Sumber: GOAL

The post Indonesia Berpotensi Besar Beraksi Di Piala Dunia 2030 – John Herdman appeared first on Siakap Keli.

View Original Article