Indonesia Diiktiraf Antara Negara Paling Selamat Di Dunia

30 Dec 2025 • 5:32 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Indonesia kini diiktiraf sebagai antara negara paling selamat di dunia, menurut The Global Safety Report 2025 oleh Gallup.

Indonesia negara paling selamat untuk jalan seorang diri pada waktu malam

Menurut laporan Berita Nasional Rakyat Merdeka, negara ini mencatatkan skor 89 dalam Law and Order Index, mengatasi Jepun dan Amerika Syarikat, serta berada kedudukan ke-25 di peringkat global bagi peratusan rakyat yang berasa selamat berjalan bersendirian pada waktu malam.

Ketua Polis Negara (Polri), Jeneral Listyo Sigit Prabowo, menyifatkan pencapaian ini sebagai cerminan kepercayaan rakyat terhadap pasukan keselamatan.

image is not available

Foto: Berita Nasional Rakyat Merdeka

Merujuk kepada tinjauan Kompas November 2025, Polri berada kedudukan pertama dalam kategori penguatkuasaan undang-undang dengan kadar kepercayaan 78.2 peratus. Beliau berkata, data ini membuktikan bahawa keselamatan di Indonesia benar-benar dirasai masyarakat sendiri.

“Pencapaian ini memberi motivasi kepada institusi dan kakitangan kami untuk terus berkhidmat secara profesional dan bertanggungjawab. Namun, pegawai digesa tidak leka dan terus melakukan penambahbaikan serta penilaian berterusan bagi mengekalkan transformasi Polri,” katanya.
image is not available

Foto: Harian Metro

Dengan tahap keselamatan yang tinggi dan keyakinan rakyat yang kukur terhadap polis, Indonesia kini menjadi contoh negara selamat di mata dunia sekaligus membuktikan keberkesanan pasukan keselamatan negara dalam melindungi rakyat.

Sumber: Berita Nasional Rakyat Merdeka (Bambang Trismawan)

The post Indonesia Diiktiraf Antara Negara Paling Selamat Di Dunia appeared first on Borak Daily.