PM Anwar dedah keberanian reformasi & kestabilan dasar kunci kejayaan Kerajaan MADANI

LocalPolitics
28 Dec 2025 • 12:06 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Kestabilan dasar, keberanian melaksanakan reformasi serta kepercayaan rakyat menjadi pendorong utama kejayaan Kerajaan Madani hari ini, demikian menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kestabilan dasar antara kunci kejayaan kerajaan MADANI

Menerusi satu hantaran di Facebook, Anwar memaklumkan bahawa ekonomi negara terus diperkukuh melalui pelaburan berkualiti, penciptaan peluang pekerjaan serta pelaksanaan agenda pertumbuhan yang lebih inklusif demi kesejahteraan rakyat.

“Di dalam negara, ekonomi terus diperkukuh melalui pelaburan berkualiti, penciptaan peluang pekerjaan dan agenda pertumbuhan yang inklusif,” katanya.

image is not available

Hubungan baik dengan negara luar perkukuh kestabilan dasar

Pada peringkat antarabangsa pula, beliau menyatakan hubungan erat antara kerajaan dengan pelbagai negara serta kumpulan kepimpinan dunia telah membuka ruang kepada pelaburan strategik, sekali gus memperkukuh kedudukan Malaysia di persada global.

“Segala pencapaian ini bukan sekadar angka dan statistik, tetapi diterjemahkan kepada manfaat nyata untuk rakyat, daripada kesejahteraan keluarga, peluang ekonomi baharu, hingga jaminan masa depan yang lebih berdaya tahan,” ujarnya.

image is not available

Artikel lain: Asas kestabilan serantau, PM Anwar sambut baik Thailand-Kemboja hentikan konflik

Susulan daripada itu, beliau menegaskan bahawa sokongan daripada keluarga, sahabat dan pastinya rakyat Malaysia pastinya akan menjadikan Kerajaan MADANI terus melangkah ke hadapan dengan penuh amanah dan membina negara yang adil, makmur dan berdaya saing buat semua.

image is not availableimage is not availableSumber: Facebook Anwar Ibrahim