Indonesia juara 14 kali pertandingan menembak tentera darat ASEAN, pamer kualiti senjata buatan PT Pindad

29 Nov 2023 • 8:59 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Indonesia juara 14 kali pertandingan menembak tentera darat ASEAN, pamer kualiti senjata buatan PT Pindad

zakisalleh

29/11/2023 - 08:59

KUALA LUMPUR 29 Nov - Indonesia mempamerkan kehebatan apabila menjuarai pada Pertandingan Menembak Tentera Darat ASEAN (AARM) ke-31 yang diadakan di Bangkok, Thailand.

Tim menembak Indonesia memenangi 4 piala, 10 pingat emas, 9 perak dan 10 gangsa.

Pingat emas diperoleh masing-masing dalam acara individu (tiga), berpasukan (empat) dan pertunjukan berpasukan (tiga).

Kemenangan Indonesia ini turut menaikkan prestij syarikat persenjataan negara itu, PT Pindad selain mempamerkan kualiti senjata tersebut pada pertandingan antarabangsa.

image is not available
Tim menembak Indonesia bersama piala kemenangan.

Dengan keputusan ini, Indonesia mengesahkan kedudukannya sebagai juara keseluruhan serta menewaskan Vietnam sebagai juara bertahan dalam pertandingan tahun lalu.

Sementara itu, Vietnam yang berada di tempat kedua dengan memenangi 1 trofi, 10 emas, 7 perak dan 7 gangsa manakala Filipina tempat ketiga.

Kedudukan seterusnya ialah Myanmar, Laos, tuan rumah Thailand, Brunei, Kemboja, Malaysia dan Singapura.

AARM ialah acara pertandingan menembak Tentera Darat antara negara ASEAN yang diadakan setiap tahun.

image is not available

image is not available
AARM merupakan pertandingan menembak berprestij melibatkan tentera darat ASEAN.

Pada edisi kali ini ia disertai kira-kira 200 peserta yang merupakan penembak-penembak terbaik dalam pasukan tentera darat masing-masing termasuk Malaysia.

Antara acara yang dipertandingkan ialah menembak raifal, karbin, mesingan dan pistol melibatkan kategori lelaki dan wanita.

Kemenangan Indonesia pada AARM ke-31 juga mencipta sejarah baharu apabila buat pertama kali menjadi juara di Thailand.

image is not available
Tim menembak Tentera Darat Malaysia.

Sebelum ini, Indonesia tidak pernah memenangi gelaran juara pada empat acara AARM ketika Thailand menjadi tuan rumah iaitu pada 1993, 2001, 2007 dan 2015.

Secara keseluruhannya, Indonesia telah membuktikan dirinya sebagai jaguh dalam kalangan negara ASEAN dengan menjadi juara keseluruhan sebanyak 14 kali sejak AARM diadakan pada 1991. - DagangNews.com

View Original Article