
Kerajaan Indonesia merancang melarang penggunaan media sosial bagi individu bawah umur 16 tahun. Pengumuman dibuat oleh Menteri Komunikasi dan Hal Ehwal Digital, Meutya Hafid dengan langkah ini sebahagian daripada usaha kerajaan untuk melindungi kanak-kanak daripada risiko keselamatan digital.

Seperti Malaysia, alasan yang digunakan di Indonesia ialah pendedahan kepada kandungan berbahaya, ketagihan media sosial, isu privasi dan keselamatan data. Pengharaman penggunaan media sosial untuk pengguna bawah umur dimulakan oleh Australia pada Disember lalu dengan dengan lebih AUD 40 juta boleh dikenakan ke atas pengendali platform sekiranya gagal menghalang ianya daripada berlalu.
Di Malaysia pula kaedah pengesahan umur akan dimuktamadkan pada suku kedua tahun ini melalui instrumen subsidiari di bawah Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 (Akta 866). Selepas penilaian selesai, tanggungjawab memastikan pengguna berumur bawah 16 tahun tidak menggunakan akaun media sosial akan diletakkan sepenuhnya kepada penyedia platform. Sekiranya gagal mematuhi peruntukan ini, mereka boleh dikenakan denda sehingga RM10 juta.
