Indonesia masih belum respons tawaran padam kebakaran hutan – TPM

LocalEnvironment
11 Oct 2026 • 3:28 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Indonesia masih belum respons tawaran padam kebakaran hutan – TPM

IPOH – Indonesia masih belum memberi jawapan berhubung tawaran Malaysia untuk membantu memadamkan kebakaran hutan di Sumatera dan Kalimantan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, tawaran itu telah disampaikan kepada negara berkenaan sewaktu lawatan rasminya ke Indonesia.

Katanya, tawaran memadamkan kebakaran itu disampaikannya termasuklah ketika mengadakan pertemuan dengan Presiden Indonesia, Prabowo Subianto dan Naib Presiden, Gibran Rakabuming Raka.

“Tawaran itu merangkumi penghantaran sebuah pesawat, tiga helikopter dan 55 anggota untuk membantu operasi memadamkan kebakaran di kawasan berkenaan,” katanya pada sidang akhbar di Pusat Konvensyen Ipoh di sini hari ini.

Terdahulu, beliau berucap pada Majlis Pelancaran Bulan Kesiapsiagaan Nasional National (BKN) 2026 di sini yang turut dihadiri Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) dan Kementerian Luar telah mengutus surat kepada rakan sejawat masing-masing di Indonesia mengenai tawaran bantuan itu tetapi tiada jawapan yang diterima.

“Kita bersangka baik yang mungkin mereka tidak memerlukan bantuan kita. Saya bersangka baik, husnuzon ya,” katanya.

Dalam pada itu, ditanya sekiranya Malaysia akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Indonesia berhubung isu kebakaran hutan yang menyebabkan jerebu itu, beliau menyerahkan kepada Jabatan Peguam Negara untuk meneliti perkara berkenaan.

Bagaimanapun, katanya, koordinasi atas semangat ASEAN adalah lebih baik bagi menangani isu tersebut berbanding tindakan perundangan. – KOSMO! ONLINE

The post Indonesia masih belum respons tawaran padam kebakaran hutan – TPM appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved