Indonesia Menguji Sistem Siaran TV Menggunakan Teknologi 5G Broadcast

WorldTechnology
13 Jul 2026 • 10:28 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Teknologi 5G dipasarkan sebagai rangkaian terpantas untuk menstrim kandungan, memuat turun/naik fail besar, menguasakan sistem robotik dan juga menjadikan akses kecerdasan buatan (AI) tanpa masa pendam. Tetapi ramai mungkin tidak menyedari ia juga boleh digunakan untuk siaran TV menerusi 5G Broadcast.

Image from: Indonesia Menguji Sistem Siaran TV Menggunakan Teknologi 5G Broadcast

Minggu lalu Televisi Republik Indonesia (TVRI) memulakan ujian teknologi 5G Broadcast di Jakarta bersama Kementerian Komunikasi dan Digital (KOMDIG)I dan Rohde & Schwarz. Ujian ini dilakukan bagi tujuan memodenkan ekosistem penyiaran di Indonesia dan mengukuhkan capaian maklumat awam di era digital.

Dengan 5G Broadcast, siaran TV TVRI boleh ditonton menggunakan sebarang peranti yang menyokong rangkaian 5G. Ia tidak memerlukan SIM atau langganan data internet 5G dengan siaran TVRI boleh ditonton secara percuma seperti sebuah TV biasa serta tanpa pemasangan antena tambahan seperti diperlukan teknologi DVB‑T2. 5G Broadcast membolehkan penghantaran data kepada jutaan peranti serentak yang berguna untuk komunikasi kecemasan ketika trafik internet meningkat, seperti bencana alam .

KOMDIGI mengatakan 5G Broadcast melengkapkan dan bukan menggantikan DVB‑T2 sebagai tulang belakang penyiaran nasional kerana liputannya yang lebih meluas berbanding 5G Broadcast.

Selain di Indonesia, 5G Broacast turut telah diuji di Amerika Syarikat, Jerman, Sepanyol dan Perancis. Di Perancis misalnya, Télédiffusion de France (TDF) telah menguji siaran menggunakan 5G Broacast sejak acara Sukan Olimpik Paris 2024.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved