Indonesia rancang perluas import lembu dari Afrika Selatan dan Mexico

17 Jul 2023 • 4:50 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

JAKARTA: Indonesia merancang untuk memperluas import lembu dari Afrika Selatan dan Mexico sebagai langkah mengurangkan kebergantungan penuh terhadap bekalan dari Australia, kata Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Suhanto.

Beliau berkata Indonesia sedang dalam proses rundingan perdagangan dengan Mexico mengenai perjanjian mengimport lembu untuk memenuhi permintaan domestik, lapor Agensi Berita Vietnam (VNA).

Rancangan untuk mengimport 50,000 lembu dari Afrika Selatan disebut oleh Menteri Penyelaras Hal Ehwal Maritim dan Pelaburan Luhut Binsar Panjaitan pada pertemuannya dengan Presiden Afrika Selatan Cyril Ramaphosa.

Suhanto berkata import lembu dari Afrika Selatan dan Mexico akan dilaksanakan supaya Indonesia tidak bergantung sepenuhnya kepada bekalan dari Australia kerana harga lembu Australia cenderung untuk naik setiap tahun, menjejaskan harga domestik.

Data dari Biro Pusat Statistik (BPS) Indonesia menunjukkan bahawa Australia merupakan pengeksport terbesar lembu ke negara itu.

Pada 2017, import lembu Australia ke Indonesia mencapai 85,192 tan. Pada 2018, jumlah itu meningkat kepada 100,623 tan dan 122,684 tan pada 2019.

Pada 2020, Indonesia mengimport 105,160 tan lembu Australia dan 122,863 tan pada 2021. -Bernama