Indonesia Tidak Benarkan Penjualan iPhone 16 Kerana Apple Tidak Memenuhi Peraturan Tempatan

TechnologyDigital
10 Oct 2024 • 6:40 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Kerajaan Indonesia kini mengesahkan telefon pintar terbaru Apple, iaitu iPhone 16 tidak dibenarkan penjualan di negara tersebut, kerana Apple masih belum memenuhi peraturan tempatan yang sedia dilaksanakan di negara tersebut. Peraturan ini meliputi keperluan pelaburan dan juga memperbaharui persijilan kandungan tempatan.

image is not available

Sebelum ini, Apple sedia menerima sijil kebenaran untuk menjual produk mereka di Indonesia, namun sijil berkenaan telah pun luput dan perlu diperbaharui. Menurut pihak berkuasa Indonesia, Apple dikatakan tidak mencapai angka komitmen pelaburan sebelum ini.

Disamping itu, Indonesia juga mempunyai beberapa peraturan tambahan, termasuk pilihan pengeluaran produk di Indonesia, pembangunan aplikasi tempatan, dan juga memfokuskan penciptaan produk inovatif dalam negara. Apple dikatakan memilih pilihan ketiga, dan telah membuka tiga akademi di negara tersebut.