InDrive Kini Turut Menawarkan Kemudahan Tempahan Pekerja Rencam Untuk Aneka Perkhidmatan

TechnologyDigital
17 May 2024 • 1:55 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

InDrive merupakan salah satu perkhidmatan seru-pandu yang beroperasi di Malaysia, dan menggunakan konsep dalam bentuk bidaan harga ketika tempahan, sekaligus memberikan lebih pilihan kepada pengguna berasaskan bajet masing-masing. Kini, selain perkhidmatan seru-pandu, InDrive di Malaysia turut dilihat memperluaskan perkhidmatan meliputi industri lain.

image is not available

InDrive kini menambah sebuah tab baharu dinamakan “Perkhidmatan”. Melaluinya, para pengguna boleh lakukan tempahan untuk mendapatkan perkhidmatan rencam – termasuk seperti membaik-pulih penyaman udara, pembinaan, pemasangan, pembersihan, mengelola acara, tutor, dan sebagainya.

Seperti konsep InDrive, pengguna akan boleh membuka harga yang sanggup bayar, dan seterusnya akan dihubungkan dengan penyedia perkhidmatan dalam menerima atau membalas dengan harga mereka masing-masing.

Ciri ini masih diperingkat awal lagi, dan ia tidak dikongsikan lagi berkenaan jumlah penyedia perkhidmatan yang menawarkan perkhidmatan melalui InDrive ini buat masa ini. Anda yang berminat, boleh mengakses perkhidmatan ini terus melalui aplikasi InDrive.