Industri halal bersifat menyeluruh, melebihi pemahaman tradisional ‘tiada daging babi, tiada alkohol’

LocalPolitics
17 Sep 2024 • 1:09 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR Industri halal kini tidak hanya kepada pemahaman tradisional ‘tiada daging babi, tiada alkohol’ dalam kandungan makanan sebaliknya ia melangkaui apa yang boleh diterima umum, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebaliknya, kata Perdana Menteri, industri halal kini turut meliputi aspek kesihatan, kebersihan, keberkesanan dan teknologi moden sama ada dalam produk makanan, kosmetik atau industri berkaitan.

"Ia juga merupakan peluang untuk kita menjelaskan mengenai halal, di mana pemahaman tradisional mengenai halal, yang dimiliki ramai orang ialah 'tiada daging babi, tiada alkohol'.

"Hari ini, industri halal cemerlang dengan pensijilan yang melangkaui apa yang boleh diterima umum," katanya ketika berucap merasmikan Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (Mihas) 2024 di sini hari ini.

Menurut Perdana Menteri, industri halal yang bersifat menyeluruh mampu melengkapi ekonomi Islam terutama dalam aspek perdagangan.

Malah, katanya industri halal akan meliputi setiap kumpulan masyarakat termasuk petani, nelayan, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) malah kedai runcit yang memastikan penyertaan lebih luas.

“Dalam mencapai maksud Ekonomi Madani dan semangat Maqasid Syariah, ia mesti merangkumi hampir keseluruhan rakyat,” katanya.

Anwar turut merakamkan penghargaan kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang kini mengetuai pasukan di peringkat tertinggi untuk menyelaras kegiatan dan mengenal pasti aspek baru dalam industri halal yang masih belum diterokai.

‘Terima kasih kepada beliau dan MITI (Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri), MATRADE (Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) kerana meletakkan Malaysia di tahap yang lebih meyakinkan” ujarnya.

Pada majlis yang sama, Anwar turut menyatakan penghargaan kepada pemimpin luar kerana menyokong industri halal dan mengiktiraf usaha mempromosikan Malaysia. - 17 September, 2024

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved