Industri pusat data jana potensi pelaburan, jangka catat RM52 bilion dalam 10 tahun

26 Nov 2024 • 1:57 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SHAH ALAM, 26 NOV: Pembinaan 17 pusat data di negeri ini bakal memberi potensi pelaburan bernilai RM52 bilion untuk tempoh 10 tahun, sidang Dewan Negeri Selangor diberitahu hari ini.

EXCO pelaburan berkata pembinaan juga menawarkan pelbagai jenis pekerjaan termasuk berkemahiran tinggi antaranya jurutera teknologi maklumat, jurutera rangkaian, jurutera pembangunan dan penyelidikan serta pengurus pusat data.

“Antara 10 pusat data didirikan di sekitar negeri ini ialah Google di Sungai Buloh, HeiTech Padu di Shah Alam serta NextDC di Petaling Jaya.

“Tujuh pusat data didirikan di Cyberjaya iaitu Vantage Data Centre, Bridge Data Centre, Equinex, NTT Global Data Centre, Microsoft, Edge ConneX dan ST Telemedia Global Data Centre,” kata Ng Sze Han.

Pada Ogos, EXCO Pembangunan Inovasi Dr Fahmi Ngah berkata banyak syarikat mahu melabur dalam industri itu berikutan hampir keseluruhan kawasan negeri ini memiliki rangkaian 5G, sekali gus memudahkan urusan perniagaan.

Tahun lalu, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor menandatangani memorandum persefahaman dengan syarikat dari Singapura, RDA Ventures Pte. Ltd bagi membangunkan tiga pusat data di Cyberjaya.

Disertai agensi besar termasuk MDEC dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia, pusat terbabit bakal menawarkan peluang kerja dalam bidang elektronik, sains komputer, statistik dan pentadbiran.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved