Hyundai Labur RM2.16 Bilion Di Kulim, Bakal Wujudkan Peluang Pekerjaan Kepada Rakyat

LocalBusiness & Finance
26 Nov 2024 • 10:15 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Nampaknya, usaha Kerajaan Perpaduan membawa pelaburan semakin rancak memandangkan Hyundai Motor bakal membuka kilang pertamanya di Kulim, Kedah selewat-lewatnya pada tahun hadapan.

Dengan pelaburan bernilai RM2.16 bilion, ini menandakan, ia adalah satu pelaburan terbesar yang dibuat oleh pengeluar automotif Korea Selatan itu.

image is not available

Bercakap mengenai perkara itu, Menteri Pelaburan, Perdagangan, dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, penubuhan kilang itu dijangka membawa banyak peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan nanti.

Ini adalah pelaburan besar. Sebanyak tujuh model kereta akan dihasilkan dalam tempoh lima tahun. Kilang ini akan memulakan operasi tahun depan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media Malaysia yang mengikuti lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Korea Selatan.

image is not available

Difahamkan, pelaburan Hyundai ini bukan sahaja dijangka meningkatkan keupayaan industri automotif tempatan tetapi juga menyumbang kepada pembangunan ekonomi dan teknologi hijau di Malaysia.