Infinix GT 30 Bakal Tiba di Malaysia 11 September Ini

LocalGaming
4 Sep 2025 • 5:06 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Infinix GT 30 Bakal Tiba di Malaysia 11 September Ini

Infinix hari ini mengumumkan pelancaran telefon pintar permainan terbaharu, Infinix GT 30, yang bakal diperkenalkan secara rasmi di Malaysia pada 11 September 2025.

Meneruskan DNA berani siri GT, GT 30 direka khas untuk pemain permainan mudah alih dengan pelbagai penambahbaikan generasi baharu. Antara ciri utama ialah GT Trigger, pencetus bahu kapasitif tersembunyi pertama dalam industri yang memberikan ketepatan setaraf konsol untuk permainan kompetitif, di samping berfungsi sebagai pintasan pantas untuk menangkap gambar dan video dengan hanya satu sentuhan.

 

image is not available

 

Peranti ini menampilkan paparan AMOLED 144Hz yang sangat lancar dan dikuasakan oleh pemproses MediaTek D7400 5G, memastikan masa pemuatan lebih pantas, multitasking lebih lancar, serta prestasi stabil walaupun dalam sesi permainan yang panjang. Ia juga telah menerima pensijilan ‘frame rate’ tinggi untuk sepuluh judul permainan mudah alih utama, termasuk PUBG Mobile dan Mobile Legends: Bang Bang, dengan sokongan sehingga 120 FPS bagi menjamin kelancaran permainan.

 

Dari segi rekaan, GT 30 memperkenalkan bahasa reka bentuk baharu Mechanical Light Waves dengan dua kemasan menarik iaitu Cyber Blue dan Pulse Green, melengkapkan pilihan sedia ada Shadow Ash.

 

Selain fokus pada prestasi permainan, integrasi Infinix AI menjadikan GT 30 sebagai teman pintar untuk kegunaan harian dengan ciri navigasi lebih bijak, pertukaran aplikasi yang lancar, serta kemudahan penciptaan kandungan tanpa gangguan.


Infinix Perkukuh MPL MY S16 Bersama Tiga Pasukan Utama

image is not available

 

Bagi mengukuhkan lagi komitmen terhadap ekosistem e-sukan Malaysia, Infinix turut mengumumkan bahawa GT 30 Pro, model pertama dalam siri GT 30, telah dilantik sebagai Telefon Pintar Rasmi untuk Mobile Legends: Bang Bang Professional League Malaysia Musim 16 (MPL MY S16).

 

Musim ini, Infinix akan menyokong tiga pasukan pilihan yang dinanti-nantikan: Homebois, rakan setia sejak Musim 12; Monster Vicious, yang kembali bersama Infinix untuk musim kedua; serta Aero Esport, yang buat pertama kali menyertai kerjasama ini pada tahun 2025.


Tommy Xiong, Pengurus Negara Infinix Malaysia berkata, “GT 30 Pro benar-benar mendapat sambutan luar biasa daripada komuniti gamers di Malaysia, sekali gus membantu Transsion mencapai kedudukan lima teratas jenama telefon pintar di Malaysia pada suku kedua 2025, menurut data Canalys. Dengan kehadiran GT 30, matlamat kami mudah, untuk memberikan lebih ramai pemain mudah alih pengalaman permainan yang lancar, berkuasa dan pada harga lebih mesra.”

 

Pengasas Homebois, Nureddy Nursal, turut menambah: “Infinix telah menjadi rakan kami sejak Musim 12, memberikan keyakinan untuk kami menolak batas kemampuan. Siri GT kekal sebagai sebahagian penting dalam perjalanan kami, dan kami teruja untuk membawa momentum ini ke Musim 16. Dengan pertumbuhan pesat e-sukan tempatan, kami bangga mempunyai Infinix sebagai rakan jangka panjang yang sehaluan dengan visi kami untuk membangunkan e-sukan Malaysia.”

 

Infinix GT 30 akan dilancarkan sepenuhnya pada 11 September 2025, menampilkan evolusi siri GT yang terus diperhalusi untuk peminat permainan di seluruh dunia. Untuk mengikuti perkembangan terkini Infinix dan mendapatkan maklumat lanjut mengenai GT 30, sila layari laman sesawang rasmi Infinix Malaysia serta ikuti Facebook, Instagram dan TikTok Infinix Malaysia.