Infinix GT 50 Pro Kini Rasmi Di Malaysia Dengan Harga Bermula RM1699

LocalTechnology
5 May 2026 • 4:20 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Infinix baru sahaja melancarkan GT 50 Pro di Malaysia sebentar tadi. Ia merupakan telefon berfokuskan permainan dengan spesifikasi yang lebih berkuasa. Model ini bukan sahaja ditujukan kepada para gamers malah sesuai juga untuk mereka yang mahukan peranti berprestasi tinggi tanpa berbelanja besar.

Image from: Infinix GT 50 Pro Kini Rasmi Di Malaysia Dengan Harga Bermula RM1699
Image from: Infinix GT 50 Pro Kini Rasmi Di Malaysia Dengan Harga Bermula RM1699
Image from: Infinix GT 50 Pro Kini Rasmi Di Malaysia Dengan Harga Bermula RM1699

Infinix GT 50 Pro hadir dengan cip MediaTek Dimensity 8400 Ultimate yang digabungkan dengan sistem penyejukan HydroFlow Liquid Cooling untuk prestasi optimum walaupun ketika sesi permua intensif. Peranti ini turut dilengkapi dengan butang bahu terbina yang menawarkan tahap sensitiviti tekanan sehingga 10 tahap sekali gus memberikan kawalan lebih responsif kepada pengguna.

Image from: Infinix GT 50 Pro Kini Rasmi Di Malaysia Dengan Harga Bermula RM1699
Image from: Infinix GT 50 Pro Kini Rasmi Di Malaysia Dengan Harga Bermula RM1699
Image from: Infinix GT 50 Pro Kini Rasmi Di Malaysia Dengan Harga Bermula RM1699

Untuk peminat permainan jenis penembak atau gerakan pantas, ciri Open-Cut Pressure-Sense GT Triggers pastinya menjadi tarikan utama. Ia juga menyokong sehingga empat tindakan bagi setiap butang dengan kadar respons sepantas 20ms serta menawarkan 10 tahap sensitiviti tekanan. Direka untuk lebih tahan lasak, butang bahu ini mempunyai jangka hayat melebihi 3 juta tekanan malah turut boleh ditetapkan untuk pelbagai fungsi seperti tindakan dalam permainan, pintasan, kawalan media atau pencahayaan khusus.

Image from: Infinix GT 50 Pro Kini Rasmi Di Malaysia Dengan Harga Bermula RM1699
Image from: Infinix GT 50 Pro Kini Rasmi Di Malaysia Dengan Harga Bermula RM1699

Dari segi paparan, ia menggunakan skrin AMOLED 6.78″ 1.5K dengan kadar segar semula 144Hz bersama kecerahan maksimum sehingga 4500 nits serta kadar respons sentuhan 2800Hz. Selain daripada itu, ia turut dilengkapi dengan bateri besar 6,500mAh yang menyokong pengecasan pantas berwayar 45W, nirwayar 30W serta fungsi pengecasan terbalik.

Image from: Infinix GT 50 Pro Kini Rasmi Di Malaysia Dengan Harga Bermula RM1699

Pilihan storan pula terdiri daripada memori 12GB RAM LPDDR5x RAM dengan storans sehingga 512GB berasaskan UFS 4.1 yang pantas. Tetapan kamera utama pula terdiri daripada 50MP dengan OIS, ultra-lebar 8MP dan swafoto sebesar 13MP yang turut melengkapkan peranti ini.

Image from: Infinix GT 50 Pro Kini Rasmi Di Malaysia Dengan Harga Bermula RM1699

Bagi yang berminat, Infinix GT 50 Pro kini ditawarkan di Malaysia pada harga bermula RM1,899 untuk konfigurasi 12GB RAM + 256GB manakala versi 12GB RAM + 512GB dijual pada harga RM2,199. Terdapat juga harga istimewa serendah RM1,699 (12GB + 256GB) dan RM1,999 (12GB + 512GB) untuk jualan masa terhad sehingga 10 Mei 2026. Pembelian telah dibuka dan setiap model hadir bersama hadiah menarik bergantung pada promosi yang ditawarkan melalui pengedar rasmi Infinix.

View Original Article