Infinix Hot 30 telah dikemas kini dengan variasi 5G yang mana bukan sahaja berbeza dari aspek rekaan. Malahan sejumlah perkakasan dalaman peranti turut menerima pengubahsuaian. Ini boleh dilihat menerusi skrin LCD 6.78-inci FHD+ yang kini mempunyai kadar segar semula 120Hz lebih tinggi berbanding 90Hz pada model sebelum ini.


Sebagai peranti dengan 5G terbina, cip Dimensity 6020 digunakan di sini. Kemudian panel belakangnya juga diubah yang menampakkan sistem dwi-kamera utama dengan lebih jelas. Konfigurasi kamera masih sama iaitu 50MP + AI, namun LED Flash kini lebih memanjang yang diletakkan bersebelahan dengan sistem kamera tadi.

Seterusnya bateri 6,000mAh digunakan yang juga menyokong sistem pengecasan berwayar 18W. Lain-lain spesifikasi termasuklah sistem imbasan cap jari sisi, pembesar suara stereo, bicu audio 3.5mm dan menjalankan XOS 13 berasaskan Android 13.
