Mediatek kini hadir dengan pilihan cip pemprosesan 5G kelas pertengahan baharu dikenali sebagai Dimensity 6100+. Ia dibina dengan teknologi 6nm yang menggabungkan dua teras Arm Cortex-A76 pada kelajuan sehingga 2.2GHz dan enam teras Arm Cortex-A55 berkelajuan 2.0GHz.
Cip ini juga menggunakan GPU Arm Mali-G57 MC2 dengan kelajuan sehingga 2133MHz dan sistem HyperEngine 3.0 yang dikatakan mampu meningkatkan prestasi grafik permua. Selain itu sokongan memori pula sehingga LPDDR4x dan storan dalaman pula berasaskan UFS 2.2.

Sebagai cip yang sedia menyokong 5G, Dimensity 6100+ juga mempunyai sokongan untuk jalur sub-6Ghz dengan kelajuan muat turun sehingga 3.3Gbps menerusi agregasi dua rangkaian selular. Ini membolehkan cip menawarkan kelajuan 40% lebih baik di kawasan banda dan 30% pula di kawasan pinggir bandar berbanding pesaing setara.
Dalam pada itu, cip ini turut menawarkan kebolehan skrin beresolusi maksimum 2520 x 1080 piksel dengan sokongan warna 10-bit dan kadar segar semula 120Hz. Sokongan sistem kamera pula sehingga 108MP untuk satu modul atau dwi-kamera pula terhad pada 16MP + 16MP dengan kemampuan merakam video maksimum 2K 30FPS.
Peranti pertama dengan cip Dimensity 6100+ dijangka dipasarkan pada suku ketiga tahun 2023.
- Info
- Sumber – Mediatek
