Infinix HOT 50 4G pertama kali diumumkan penghujung September lalu, dengan pelancaran untuk pasaran global yang diadakan di Ukraine. Kini tiba giliran pasaran Malaysia pula menerima kehadirannya pada 5 Disember mendatang. Seterusnya menjadi tambahan baharu untuk Infinix HOT 50 5G sebelum ini.

Setakat dimaklumkan, peranti akan dilengkapi dengan skrin sebesar 6.78-inci dengan resolusi FHD+ dan kadar segar semula 120Hz. Ini dipadankan dengan tubuh peranti seberat 187-gram dengan ketebalan kira-kira 7.7mm. Selain itu dijana dengan cip Mediatek Helio G100 yang juga pernah digunakan dalam peranti Tecno Camon 30S. Lain-lain persoalan termasuk harga jualan rasmi hanya didedahkan selepas peranti ini dilancarkan secara rasmi kelak.
Untuk rekod Infinix HOT 50 5G sebelum ini sedia dijual di Malaysia dengan harga jualan RM599 sebuah.
