Kehadiran IQOO 13 Untuk Pasaran Malaysia Diacah Secara Rasmi

TechnologyDigital
27 Nov 2024 • 4:38 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Amanz sebelum ini melaporkan bahawa IQOO 13 akan dilancarkan di Malaysia pada Disember mendatang. Kini IQOO dilihat berkongsi secara terbuka tentang kehadirannya melalui beberapa perkongsian disiarkan dalam Facebook rasmi sejak semalam. Butiran tarikh pelancaran rasmi dan spesifikasi dalaman masih belum didedahkan setakat ini. Namun apa yang pasti peranti ini boleh didatangkan dalam dua pilihan warna iaitu hitam dan putih.

image is not available

Kemudian sekiranya spesifikasi dalaman juga adalah sama dengan versi di China. Peranti boleh dilengkapi dengan n skrin AMOLED LTPO 2K 6.82-inci 144Hz, cip Snapdragon 8 Elite, sistem RGB dengan 72 pencahayaan, tri-sensor utama 50MP, swafoto 32MP dan bateri karbon silikon 6150mAh. Untuk mengetahui lebih lanjut nantikan kemaskini rasmi daripada pihak IQOO Malaysia. Selain itu baucar sehingga RM100 turut ditawarkan untuk mana-mana pembelian eksklusif melalui Shopee kelak.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved