Infinix Malaysia Mengacah Kehadiran SMART 10 Plus Dengan Rekaan Baharu

TechnologyDigital
10 Jun 2025 • 7:37 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Infinix Malaysia bakal melancarkan siri telefon pintar mampu milik terbaharu mereka, iaitu SMART 10. Berbeza dengan model sebelumnya, siri ini turut hadir dengan varian Plus seperti yang didedahkan dalam beberapa video promosi rasmi.

Perkongsian tersebut turut memperlihatkan reka bentuk peranti dalam empat pilihan warna seperti putih, hitam, biru dan merah. Walau bagaimanapun, maklumat mengenai spesifikasi dalaman masih belum diketahui.

image is not available

Selain itu, SMART 10 Plus dilihat memiliki modul kamera yang unik. Modul ini direka secara mendatar dan memuatkan dua bonggol kamera bersama LED Flash di dalamnya. Reka bentuk ini jelas berbeza daripada Smart 9, yang sebelum ini menampilkan modul kamera berbentuk persegi.

Peranti ini juga pernah tersenarai dalam pensijilan SIRIM sebelum ini bersama satu lagi model iaitu SMART 10. Nantikan kemas kini baharu daripada Infinix untuk mengetahui maklumat lebih lanjut mengenai peranti ini.